KINRARA, 5 Jan 23 – Institut Latihan Pengurusan Materiel TUDM (INSMAT) Kinrara telah mengadakan majlis pembukaan Kursus Pengurusan Pergerakan Udara Siri 63/23, Kursus Pengurusan dan Pengendalian Gudang Siri 101/23 dan Kursus Pengurusan Bahan Letupan Siri 34/23 pada sebelah pagi.
Pada sebelah petang telah diadakan majlis pembukaan Kursus Operator Prime Mover Treler dan Kren Siri 20/23, Kursus Juruteknik Materiel Siri 156/23, Kursus Senggaraan Kenderaan Siri 71/23 dan Kursus Operator Kenderaan Khas Siri 59/23. Kedua-dua majlis ini telah disempurnakan oleh Lt Kol Noor Azlan bin Mohamad Noor TUDM, Pegawai Memerintah INSMAT. Majlis pembukaan ini telah diadakan di Auditorium INSMAT TUDM Kinrara.
Di dalam ucapan Pegawai Memerintah, beliau mengingatkan kepada semua peserta kursus agar menjaga disiplin sebagai seorang anggota tentera serta patuh kepada arahan-arahan yang telah ditetapkan oleh perkhidmatan bagi menjaga nama baik ATM amnya dan TUDM khasnya.