KUANTAN, 28 Mac 23 – Sel Keselamatan Pangkalan telah melaksanakan latihan Pre Accident Plan On Base (PAP ON BASE) yang dijalankan pada waktu malam.
Objektif utama latihan ini adalah untuk menguji dan menilai tahap kesiagaan unit-unit dalam pangkalan agar sentiasa bersedia di aturgerak pada sebilang masa jika berlaku kecemasan.
Latihan ini telah dikoordinasikan oleh Pegawai Keselamatan Pangkalan, Mej Mohd Fazley bin Arshad TUDM berkonsepkan sebuah pesawat helikopter EC 725 melakukan pendaratan cemas mengakibatkan beberapa anak kapal mengalami kecederaan. Antara unit yang terlibat ialah No. 10 Skuadron, Cawangan Bomba, Cawangan Operasi, Skuadron 213 Handau dan 815 RSAT PU Kuantan.