KUALA LUMPUR, 28 Mac 23 - Bahagian Sumber Manusia, Cawangan Pengurusan Sumber Manusia telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Penggunaan Human Resource Management Information System (HRMIS) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Siri 2/2023 Zon Timur. Bengkel ini yang dikoordinasikan oleh Seksyen Rekod & Pangkalan Data telah diadakan di Makmal Komputer AMSS, Bahagian Siber dan Elektronik Pertahanan (BSEP) selama (2) dua hari iaitu pada 28 dan 29 Mac 23 secara kelas pembelajaran dan hands on system. Ianya dikhaskan kepada pegawai dan anggota LLP yang dipertanggungjawab untuk mengendalikan HRMIS ATM bagi Pengurusan Sumber Manusia seluruh warga TUDM di Markas/Pangkalan Unit TUDM.
Objektif utama bengkel ini adalah bagi memantapkan lagi pengendalian HRMIS ATM di setiap pasukan melalui latihan yang diberikan serta mengenal pasti permasalahan dan cabaran penggunaan HRMIS ATM sedia ada dari segi aspek modul, aplikasi, teknikal dan capaian. Senarai pasukan terlibat pada bengkel kali ini adalah MPPLU, MAWILUD 1, PU Kuantan, PU Gong Kedak, PU Sendayan, INSPRA dan SLT TUDM. Seramai 17 peserta terdiri daripada (2 pegawai dan 15 LLP) telah mengikuti dan berjaya menamatkan bengkel ini dengan jayanya.
Skop pengajaran pada hari pertama adalah berkaitan dengan tahap pemahaman HRMIS ATM, pengenalan dan praktikal modul-modul di dalam HRMIS ATM iaitu Pengurusan Rekod Peribadi, Pengurusan Prestasi (SKT/LNPT) dan Perolehan Sumber Manusia (Permohonan Pertukaran). Seterusnya, skop pada hari kedua meliputi Modul Penilaian Kompetensi, Pembangunan, Perkhidmatan Maklumat dan Pengurusan Elaun Tuntutan dan Faedah (Pengurusan Perubatan/EGL/DKT).
Pengarah Pengurusan Sumber Manusia, Kol Hamdan bin Ahmad TUDM turut hadir pada hari pertama bengkel bagi meninjau pelaksanaan dan berkesempatan untuk bertemu dengan para peserta bengkel. Kursus ini berakhir dengan sesi soal jawab di antara Tim HRMIS TUDM dan peserta bengkel di dalam menyelesaikan segala kemusykilan berkaitan HRMIS ATM. Majlis Penutup disempurnakan oleh PS 1 Rekod & Dokumen, Lt Kol Mohd Noradzhar bin Hadzir TUDM.
SEKITAR GAMBAR BENGKEL HRMIS ATM SIRI 2/2023 ZON TIMUR YANG DILAKSANAKAN DI MAKMAL KOMPUTER AMSS, BAHAGIAN SIBER DAN ELEKTRONIK PERTAHANAN (BSEP) PADA 28 DAN 29 MAC 23