LATIHAN PRE ACCIDENT PLAN DAN PROGRAM JIWA MURNI PERINGKAT PANGKALAN UDARA KUANTAN

DSC 2222 DSC 2244 DSC 2264
DSC 2274 DSC 2285 DSC 2290
DSC 2295 DSC 2297 DSC 2303
DSC 2310 DSC 2329 DSC 2339
DSC 2348 DSC 2358 DSC 2375 1
DSC 2407 DSC 2411 1 DSC 2416
DSC 2421 DSC 2426 DSC 2442

 

KUANTAN, 14 Dis 21 – Pangkalan Udara Kuantan telah mengadakan satu latihan Pre Accident Plan (PAP) dan Program Jiwa Murni bertempat di SMK Mat Kilau, Jalan Pekan, Kuantan. Latihan ini bertujuan bagi menguji kesiagaan unit-unit yang terlibat disamping mengekalkan hubungan baik antara warga TUDM dan penduduk setempat.

Latihan pada kali ini melibatkan situasi sebuah pesawat EC 725 AP milik TUDM yang mengalami kerosakan/kegagalan seterusnya melakukan pendaratan cemas di padang SMK Mat Kilau. Latihan PAP ini melibat unit-unit di dalam pangkalan terutamanya No 10 Skn, Cawangan Kejuruteraan, Cawangan Operasi, Cawangan Bomba, Skn 213 HANDAU, 815 RSAT. Latihan ini juga turut mendapat bantuan dan kerjasama daripada beberapa agensi luar Balai Bomba Dan Penyelamat Taman Tas, Balai Polis Jaya Gading, Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan serta Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Setelah selesai mengadakan latihan ini, aktiviti diteruskan dengan program jiwa murni di SMK Mat Kilau dengan kerjasama pihak pengurusan sekolah. Program ini adalah bertujuan mengeratkan silaturrahim serta menerapkan nilai-nilai murni kehidupan sekaligus menyemai hubungan baik diantara warga pangkalan dan masyarakat setempat.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata yang disampaikan oleh Pegawai Eksekutif Pangkalan, Kol Zulkefli bin Hj Samsu Hadi TUDM kepada pihak pengurusan SMK Mat Kilau serta agensi yang terlibat.