SENDAYAN, 27 Jun 24 – Cawangan Perundangan TUDM julung kalinya telah melaksanakan latihan menembak pistol di Lapang Sasar PU Sendayan. Latihan terdiri daripada Menembak Individu Praktis jarak 5m hingga 20m dan Pertandingan Jatuh Piring Berkumpulan. Tujuan utama latihan ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan dan tatacara pengendalian pistol ketika menjalankan tugas atau operasi.
Latihan menembak ini turut disertai oleh Prof Dr Salawati binti Mat Basir dan Dr. Muhamad Sayuti bin Hassan@Yahya, Pensyarah Fakulti Undang- Undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia selaku Fasilitator bagi Bengkel Pembangunan Kurikulum Perundangan Operasi.
Jaguh bagi Latihan Menembak Praktis Individu Pegawai dimenangi oleh Lt Kol Mohd Faeizal bin Mahamad TUDM dengan jumlah kiraan 158 markah manakala Praktis Individu Anggota LLP dimenangi oleh Kpl U Alian. Johan bagi Pertandingan Jatuh Piring telah dimenangi oleh kumpulan yang dianggotai oleh Mej Mohd Fauzee TUDM dan PW U II Haznan.
Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah Perundangan TUDM, Kol Ahmad Sanusi bin Hj Ali TUDM. Tahniah diucapkan kepada pemenang bagi kategori individu dan juga tembak piring. Semoga dengan kemenangan akan memberi semangat dan motivasi kepada semua anggota.