BENGKEL PEMBANGUNAN KURIKULUM KURSUS UNDANG-UNDANG OPERASI SIRI 1/24

WhatsApp Image 2024 06 28 at 210214 WhatsApp Image 2024 06 28 at 210214 1 WhatsApp Image 2024 06 28 at 210254

 

SENDAYAN, 28 Jun 24 - Cawangan Perundangan TUDM telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Kurikulum Kursus Undang-Undang Operasi Siri 1/24 yang diadakan di Markas Pasukan Simpanan Tentera Udara (MPSTU). Bengkel yang bermula pada 24 hingga 28 Jun 24 telah melibatkan 15 peserta yang terdiri daripada Pegawai Perundangan TUDM dan pegawai-pegawai dari pelbagai kepakaran operasi. Cawangan ini juga turut menjemput Prof Dr Salawati binti Mat Basir dan Dr Muhamad Sayuti bin Hassan@Yahya, Pensyarah Fakulti Undang- Undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai Fasilitator.

Objektif bengkel ini adalah untuk membangunkan kurikulum bagi Kursus Undang-Undang Operasi. Bengkel ini telah membincangkan serta mendapatkan kata sepakat dalam setiap peringkat strategik, operasional mahupun taktikal bagi menyediakan modul
-modul berkaitan undang-undang operasi. Hasil perbincangan ini diharapkan dapat memberi pendedahan dan ilmu berkenaan ilmu perundangan operasi untuk persiapan operasi dan eksesais dalam TUDM dan ATM.

Majlis penutup telah dilaksanakan pada 28 Jun 24 yang disempurnakan oleh Kol Ahmad Sanusi bin Hj Ali TUDM, Pengarah Perundagan TUDM .