LATIHAN MEMANDU JARAK JAUH (LMJJ) PANGKALAN UDARA KUCHING BAGI TAHUN 2022

WhatsApp Image 2022 10 27 at 33418 PM WhatsApp Image 2022 10 27 at 35407 PM WhatsApp Image 2022 10 27 at 35446 PM
WhatsApp Image 2022 10 27 at 35518 PM WhatsApp Image 2022 10 27 at 33154 PM 2 WhatsApp Image 2022 10 27 at 33154 PM 1

 

KUCHING, 20 Okt 22 - Fleet Kenderaan Pangkalan Udara Kuching telah melaksanakan Latihan Memandu Jarak Jauh (LMJJ) bagi tahun 2022 ke Miri, Sarawak. Tujuan utama latihan ini adalah untuk menguji tahap pencapaian pemandu serta familiarisasi kenderaan serta mempraktik dan mengimplementasikan semua pengetahuan yang ada pada setiap pemandu dan menguji tahap ketahanan kenderaan semasa pergi dan balik. Ketua pergerakan bagi LMJJ siri ini adalah Kapt Che Syafiq Fahmi bin Che Rohim TUDM iaitu Ketua Fleet Kenderaan PU Kuching.

Selain itu, LMJJ kali ini diselitkan dengan Program Jiwa Murni bersama pelajar dari SMK Tatau, Bintulu yang mana melibatkan seramai 35 orang pelajar dan guru yang bertugas di sekolah tersebut. Turut hadir menjayakan program tersebut ialah Kol Mohammad Jafri bin Suboh TUDM iaitu Komander Pangkalan Udara Kuching.

Objektif utama program kali ini adalah bagi mengeratkan hubungan silaturrahim di antara pihak Tentera Udara Diraja Malaysia dan masyarakat setempat. Program kali ini juga bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama dan mementingkan kebersihan di dalam kalangan anggota serta bagi mewujudkan suasana selesa kepada semua.

Pihak TUDM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua SMK Tatau yang sudi menerima kehadiran warga TUDM Kuching dan turut serta menjayakan program yang telah dirancang.