KURSUS PEROLEHAN KERAJAAN SIRI 6/25

WhatsApp Image 2025 02 15 at 10.38.16 2 WhatsApp Image 2025 02 15 at 10.38.16 6 WhatsApp Image 2025 02 15 at 10.38.16
WhatsApp Image 2025 02 15 at 10.38.16 3 WhatsApp Image 2025 02 15 at 10.38.16 4

 

 

SENDAYAN, 14 Febuari 2025 – Markas Tentera Udara – Majlis Penutup Kursus Perolehan Kerajaan Siri 6/25 yang telah disempurnakan oleh Kol Noor Azlan bin Mohamad Noor TUDM, Pengarah Kewangan dan Akaun yang diadakan di Markas Pasukan Simpanan Tentera Udara (MPSTU). Kursus yang berlangsung dari 3 hingga 14 Feb ini telah dihadiri peserta kursus dari Markas serta unit-unit yang bertugas melibatkan perolehan, kewangan serta kontraktorisasi.

Kursus ini diadakan bertujuan sebagai satu platform untuk penyampaian maklumat mengenai dasar semasa serta arahan terbaharu daripada Perbendaharaan Malaysia mengenai pengurusan kewangan dan perolehan kerajaan. Antara fokus kursus ini dilaksanakan adalah secara tidak langsung membicangkan secara bersepadu mengenai tatacara pengurusan perolehan kerajaan di dalam TUDM. Selain itu peserta kursus juga didedahkan dengan pematuhan tatacara kerja melibatkan proses pengurusan perolehan kerajaan melalui sistem ePerolehan.

Peserta kursus juga telah didedahkan dengan Pengurusan Belanjawan TUDM, Pengurusan Rancangan Belanjawan TUDM, Tatacara-tatacara Perolehan Penyelenggaraan, Perolehan Perkhidmatan serta Perolehan Kerajaaan melalui Sebut Harga. Selain itu, peserta kursus juga telah didedahkan mengenai Pengurusan Kontrak Domestik TUDM, Pengurusan Kontrak Khas Udara TUDM, Pengurusan Performance Based Contract dan juga Pengurusan Aset TUDM. Kursus ini juga turut berkongsi maklumat dan info mengenai penemuan Pematuhan Audit Inspektorat TUDM berkenaan perolehan dan kewangan.

Semoga dengan kursus yang telah dilaksanakan peserta kursus dapat menggunakan dengan baik dan dapat dikongsikan bersama di tempat bertugas supaya mewujudkan transformasi dan inovasi dalam mencari kaedah terbaik dalam bidang kewangan selain dapat membuka minda untuk berfikiran lebih jauh dan matang. Didoakan peserta kursus terus komited dalam melaksanakan tugas yang di amanahkan. Diharapkan kursus jangka pendek seumpama ini akan menjadi titik perjalan yang baik dan positif kepada seluruh warga ATM amnya dan TUDM khasnya untuk terus meningkatkan tahap kesedaran ke arah yang lebih baik disamping melaksankan tugas dengan berhemat selari dengan perubahan zaman yang semakin kompleks dan mencabar.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer