KUALA LUMPUR, 7 Feb 22 – Inspektor Jeneral Tentera Udara, Brig Jen Mohd Kahar bin Mohd Kassim TUDM telah menyempurnakan pembukaan Kursus Pegawai Keselamatan Siri 82/22 yang dikendalikan oleh MTU-Inspektorat secara atas talian bermula dari 7 Feb 22 hingga 18 Feb 22.
Kursus yang dihadiri oleh 28 pegawai TUDM dan dua (2) pegawai TLDM ini akan mendedahkan pegawai terlibat dengan konsep asas keselamatan, RMAF Safety Roles and Organization, Safety Management System (SMS), Safety Risk Management (SRM), tugas-tugas pegawai keselamatan di unit dan lain-lain lagi.
Di akhir kursus kelak, peserta akan diuji dengan Summative Knowledge Assessment (SKA) bagi memastikan setiap pembelajaran sepanjang kursus ini berlansung difahami dengan baik dan jelas.