BAKAT OPERASI DAN BANTUAN (BOB) MARKAS PEMERINTAHAN OPERASI UDARA MENZIARAHI KELUARGA ALLAHYARHAM KOL S. NADZEER BIN SALEHUDDIN TUDM

WhatsApp Image 2022 02 07 at 113822 WhatsApp Image 2022 02 07 at 113822 1 WhatsApp Image 2022 02 07 at 113841
WhatsApp Image 2022 02 07 at 113841 1 WhatsApp Image 2022 02 07 at 113841 2 WhatsApp Image 2022 02 07 at 113906

 

KUALA LUMPUR, 7 Feb 22 – Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU) melalui BAKAT Operasi dan Bantuan (BOB) telah mengunjungi keluarga Allahyarham Kol S. Nadzeer bin Salehuddin TUDM di kediamannya di Jelatek, Kuala Lumpur. Kunjungan tersebut diadakan bertujuan untuk menziarahi dan bertanya khabar tentang keluarga Allahyarham. Hadir sama ialah Puan Nor Asmah binti Hashim iaitu isteri kepada Ketua Staf MPOU, Puan Iezura binti Mustafa Afandi selaku Pengerusi BAKAT (BOB) dan Kapt Norfatihah binti Md Hanifah TUDM –Timbalan Pegawai BAKAT (BOB).

Dikesempatan itu juga, satu majlis ringkas telah diadakan iaitu penyerahan sumbangan derma ikhlas hasil kutipan dari warga MPOU dan surat ucapan takziah daripada Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Indera Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM kepada isteri Allahyarham sebagai menzahirkan rasa simpati atas kehilangan orang tersayang kepada keluarga.

Allahyarham Kol S. Nadzeer bin Salehuddin TUDM telah menghembuskan nafas terakhir pada 16 Januari 2022 di Institut Jantung Negara (IJN) selepas menjalani pembedahan jantung. Allahyarham yang bertugas di Kementerian Pengangkutan Malaysia sebagai Inspektor Kemalangan Udara pernah berkhidmat di MPOU sebagai Pegawai Memerintah Electronic Warfare Support Centre (EWSC) bermula 3 September 2020 hingga 15 Oktober 2021.