IPOH, 20 Okt 23 – Cawangan Perkhidmatan - Seksyen Pengurusan Psikologi dan Kaunseling telah menganjurkan Kursus Asas Psikologi Kaunseling (KAPK) Siri 17/23 mulai 9 Okt hingga 20 Okt 23 terdiri daripada 29 orang pegawai dan anggota LLP yang diadakan di Akademi Tentera Udara.
Secara umumnya kursus ini dijalankan utk membentuk satu pemahaman awal mengenai perkhidmatan bimbingan/runding cara dlm menguruskan isu-isu yg melibatkan kerjaya, peribadi dan seumpamanya kepada anggota di pasukan/unit masing-masing.
Sepanjang kursus ini peserta telah didedahkan dengan modul pembimbing mengikut tahap seperti berikut:
Tahap 1:
a. Personaliti dan Tingkahlaku Manusia
b. Pengenalan Teori dan Teknik Kaunseling
c. Kemahiran Asas Menolong
d. Mendiagnosis Masalah dalam Kaunseling
e. Kaunseling Individu dan simulasi
Tahap 2:
a. Perkongsian Kes
b. Kaunseling Kelompok dan simulasi
c. Kaunseling Keluarga
d. Pengurusan Minda Sihat dan Kesihatan Mental
e. Pengurusan Bakat dan Kerjaya
f. Rawatan dan Pemulihan Penggunaan Bahan (Dadah)
Melalui kursus ini juga peserta kursus telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan Carporate Social Responsibility (CSR). CSR tersebut telah dilaksanakan di Rumah Kebajikan Pertubuhan Anak Yatim Darussalam, di Ipoh.
Di akhir kursus ini, para peserta akan ditauliahkan dan diberi kelayakan khas untuk menjalankan sesi bimbingan kepada warga Udara TUDM. Majlis penutup kursus yang diadakan di Auditorium Nuri telah disempurnakan oleh Komandan ATU, Kol Rafiddee bin Dollah TUDM.
Terima kasih diucapkan kepada Pensyarah Jemputan yang terlibat khasnya drpd SPP&K ATM, Bahagian Pengurusan Psikologi JPA dan Cawangan Pengurusan Psikologi (CPPs) Kementerian Pertahanan.