CAWANGAN PROVOS MARSYAL TUDM (CPM TUDM) LAKSANAKAN PROGRAM JIWA MURNI PROGRAM PENGHIJAUAN MALAYSIA

WhatsApp Image 2023 06 06 at 203451 WhatsApp Image 2023 06 06 at 203451 2 WhatsApp Image 2023 06 06 at 203452
WhatsApp Image 2023 06 06 at 203452 1 WhatsApp Image 2023 06 06 at 203452 2 WhatsApp Image 2023 06 06 at 203454
WhatsApp Image 2023 06 06 at 203454 1 WhatsApp Image 2023 06 06 at 203453 WhatsApp Image 2023 06 06 at 203451 1

 

PORT DICKSON, 6 Jun 23 - Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TUDM Ke - 65, Cawangan Provos Marsyal TUDM (CPM TUDM) telah melaksanakan Program Jiwa Murni dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan bagi menyokong Program Penghijauan Malaysia iaitu Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Program penanaman pokok bakau yang dilaksanakan bertempat di East Jimah Power Plant, Port Dickson melibatkan empat (4) dan 35 orang anggota Lain Lain Pangkat dari CPM TUDM diketuai oleh Lt Kol Amrul bin Yacob TUDM selaku Provos Marsyal Udara.

Dalam program ini, En. Ali Gema Hidayatullah bin Zainal iaitu Penolong Penguasa Hutan mewakili Penolong Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan bersama lapan (8) staff Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan selain turut serta membantu proses penanaman, mereka juga telah menyediakan 500 anak pokok Bakau Kurap (Rhizophora mucronata), peralatan menanam serta tempat penanaman.

Objektif penanaman pokok bakau bertujuan memulihara persisiran pantai sebagai lindungan semulajadi bagi mengurangkan kemusnahan akibat kejadian alam dan hakisan tanah. Selain daripada itu, penanaman pokok bakau juga dapat memulihkan habitat persisiran pantai yang menjadi koridor kepada kepelbagaian biologi serta memperkaya sumber hasil pantai. Tambahan lagi melalui penanaman pokok bakau juga dapat mewujudkan zon penampan bagi menahan kekuatan ombak dan angin kencang serta mencegah dari pencemaran alam sekitar.

Boleh dikatakan secara keseluruhannya, program seupama ini merupakan usaha pengurusan dan pemuliharaan ke atas kawasan hutan paya laut dan amat penting bagi menjamin kesejahteraan hidup masyarakat dan kestabilan alam sekitar.

Semoga dengan pelaksanaan Program Jiwa Murni seumpama ini dapat mendedahkan anggota CPM TUDM dengan lingkungan komuniti setempat serta melestarikan kesejahteraan insan dan alam sekitar.