PORT DIKCSON, 25 Jul 24 – Asisten Ketua Staf Perancangan & Pembangunan (AKS P&P), Markas Tentera Udara Bahagian Perancangan & Pembangunan, Mej Jen Dato’ Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM telah menyempurnakan Majlis Penutup Bengkel Senggara Kompleks Siri 1/24 bertempat di Avillion Admiral Cove Hotel, Port Dickson.
Bengkel yang bermula pada 23 hingga 25 Jul 24 telah dirasmikan oleh Timb AKS Perancangan & Pembangunan dan turut dihadiri oleh Pengarah Program, Pengarah Infra bina dan wakil dari agensi pelaksana iaitu JKR dan BPKP, wakil dari MTU-Materiel serta Pegawai Senggara Kompleks setiap Pangkalan/Unit.
Pelaksanaan bengkel ini bertujuan meningkatkan kompetensi pegawai Cawangan Tadbir yang membuat tugas Pegawai Senggara Kompleks khususnya di Pangkalan/Unit TUDM yang mempunyai peranan besar dalam menguruskan hal-hal berkenaan senggaraan semua fasiliti dan infrastruktur di dalam pangkalan dan unit-unit TUDM bagi memastikan pangkalan/unit berada dalam keadaan yang kondusif dan selesa.
Bengkel ini turut membincangkan hala tuju serta cabaran yang dihadapi di dalam memastikan sebarang kekurangan atau kelemahan dapat dikenalpasti dan dilakukan penambahbaikan. Sebagai seorang Pegawai Senggara Kompleks, mereka mestilah kompeten, kreatif, proaktif dan mempunyai keupayaan untuk menentukan semua fasiliti dapat berfungsi sepenuhnya untuk mendukung pengoperasian TUDM.