BENGKEL LATIHAN PROSEDUR PERBICARAAN MAHKAMAH TENTERA MTU BAHAGIAN TADBIR - CAWANGAN PERUNDANGAN

1 2
3 4

 

IPOH, 18 Okt 21 - Markas Tentera Udara Bahagian Tadbir-Cawangan Perundangan telah menganjurkan Bengkel Latihan Prosedur Perbicaraan Mahkamah Tentera yang telah diadakan di Hotel Impiana, Ipoh.

Bengkel ini telah berlangsung selama tiga hari bermula pada 12 Okt hingga 15 Okt 21 yang telah dirasmikan oleh Pengarah Perundangan , Kol Dr. Norazrin bin Shamsudin TUDM. Bengkel ini dihadiri oleh pegawai-pegawai berpangkat Lt Kol TUDM dan Mej TUDM bagi memberi latihan berhubung peranan sebagai Yang DiPertua dan Ahli Mahkamah semasa mengendalikan prosiding Mahkamah Tentera di dalam TUDM.

Bengkel ini adalah platform latihan berterusan serta penyampaian maklumat terbaru berkenaan prosedur perbicaraan kepada bakal Yang DiPertua dan Ahli Mahkamah agar boleh mentadbir keadilan dalam Perbicaraan Mahkamah Tentera dengan sempurna.