AKTIVITI LARIAN RMAF 10KM CHALLENGE DAN 10KM INTERSEKSYEN PANGKALAN UDARA BUTTERWORTH

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12
13 14 15
16 17 18
19 20

 

BUTTERWORTH, 17 Nov 23 – Komander Pangkalan Udara Butterworth, Brig Jen Khairul Muzambi bin Salehin TUDM telah merasmikan RMAF 10KM Challenge dan 10KM Interseksyen PU Butterworth yang dilaksanakan di Komplek Materiel PU Butterworth.

Sebelum acara larian dimulakan, peserta telah diberikan taklimat keselamatan dan laluan trek larian. Peserta kemudiannya didedahkan dengan pemanasan dinamik yang merangkumi pra pemanasan dan teknik memanaskan badan sebelum memulakan larian. Seterusnya Komander Pangkalan, Brig Jen Khairul Muzambi bin Salehin TUDM telah menyempurnakan pelepasan untuk peserta larian seterusnya turut sama menyertai larian ini. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh pemangku Eksekutif Pangkalan serta Komander Pangkalan. Bagi 10KM Interseksyen, No 15 Skn telah berjaya menjadi juara dengan masa larian terpantas mengikut kuota yang telah ditetapkan.

Dalam ucapan penutup, Komander Pangkalan menyatakan objektif utama bagi penganjuran acara ini adalah untuk memupuk budaya gaya hidup sihat dalam kalangan warga TUDM dan mengingatkan supaya semua warga pangkalan sentiasa memastikan taraf kesihatan sentiasa dalam keadaan terbaik.

Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah diucapkan kepada seluruh warga PU Butterworth di atas kejayaan menyempurnakan 10KM Challenge dengan jayanya.