π‹π€π‘πˆπ€π 𝟏𝟎 𝐊𝐌 𝐂𝐇𝐀𝐋𝐋𝐄𝐍𝐆𝐄 πŒπ€π‘πŠπ€π’ ππ„πŒπ„π‘πˆππ“π€π‡π€π 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐍 πƒπ„ππŽπ‡ πŒπ€π“π„π‘πˆπ„π‹ π”π“π€πŒπ€ 𝐃𝐀𝐍 πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏 π’π”πŠπ€π πˆππ“π„π‘π’π„πŠπ’π˜π„π πŒπ€π‘πŠπ€π’ ππ„πŒπ„π‘πˆππ“π€π‡π€π 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

SUBANG, 13 Dis 24 – Markas Pemerintahan Bantuan Udara (MPBU) bersama-sama Depoh Materiel Utama (DMU) telah berjaya melaksanakan Larian 10 km Challenge dan juga Majlis Penutup Sukan Interseksyen MPBU telah selesai diadakan.

Program dimulakan dengan sesi pemanasan badan yang diketuai oleh PTTK Jasmani, diikuti dengan taklimat keselamatan serta penerangan mengenai laluan larian. Pelepasan larian 10 km dan perasmian dilakukan oleh Ketua Staf MPBU, Brig Jen Ir. Azhar bin Idris TUDM dan dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan TUDM dari MPBU dan juga DMU.

Bagi juara keseluruhan Sukan Interseksyen MPBU, Kontinjen Skyhawk telah dinobatkan sebagai pemenang. Piala pusingan telah diserahkan oleh Ketua Staf MPBU kepada Ketua Kotinjen Skyhawk dan diiringi oleh Pegawai Memerintah DMU, Kol Amran bin Hassan TUDM.

Acara ini berjaya menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan pegawai dan anggota MPBU serta DMU. Ketua Staf MPBU mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua petugas dan peserta yang telah bersama-sama menjayakan larian ini.