![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SUBANG, 13 Dis 24 – Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU) dan Pangkalan Udara Subang telah bersama-sama menganjurkan Program Ceramah Integriti bersempena Bulan Integriti Peringkat Nasional. Program ini telah dihadiri oleh Pegawai Eksekutif Pangkalan Udara Subang, Kol Ungku Suzaini bin Ungku Ahmad TUDM bersama seramai 200 pegawai dan anggota.
Program ceramah tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia, Tuan Haji Rahman bin Mohd Din. Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk tahap kesedaran integriti di kalangan warga tentera bagi meningkatkan mutu kerja dan menghindari dari terjebak dengan gejala rasuah, salah laku disiplin dan sebagainya.