TANJUNG BUNGAH, 16 Okt 24 - Bengkel Pembangunan Hieraki Doktrin dan Pelarasan PU sedang berlangsung di Pusat Hospitaliti Tentera Udara (PHU), Tanjung Bungah, Pulau Pinang bermula pada 14 Okt 24 dan dijangka tamat pada 18 Okt 24. Bengkel ini dihadiri oleh 21 pegawai dan 2 anggota LLP dari MTU, MPOU, MPPLU, MPBU, MAWILUD 1, MAWILUD 2 dan PUSPEKA.
Bengkel anjuran MTU-BOS, Sel Kerjasama Udara dan Doktrin (KUD) dipengerusikan oleh Pengarah Kerjasama Udara & Doktrin, Kol Mohmad Safhree bin Sidek TUDM. Membangunkan Hieraki Doktrin TUDM berlandaskan penjanaan kuasa udara mengikut fungsi dan peranan TUDM. Hieraki Doktrin dilaksanakan mengikut 4 tonggak utama TUDM.