TANJUNG BUNGAH, 16 Okt 24 - Bengkel Kajian Cadangan Semakan Semula Pelan Pantas sedang berlangsung di Pusat Hospitaliti Tentera Udara (PHU), Tanjung Bungah, Pulau Pinang bermula pada 14 Okt 24 dan dijangka tamat pada 18 Okt 24. Bengkel ini dihadiri oleh 11 pegawai TUDM dan 9 anggota LLP dari MTU, MPOU, MPOU-JKO, MPPLU, No 8 Skn, No 20 Skn dan MK 10 Bde Para.
Bengkel anjuran MTU-BOS, Sel Kerjasama Udara dan Doktrin (KUD) dipengerusikan oleh Pengarah Kerjasama Udara & Doktrin, Kol Mohmad Safhree bin Sidek TUDM. Bengkel ini akan membuat kajian keperluan mobiliti udara, anggota dan peralatan Pasukan Atur Gerak Cepat ATM (PAC ATM) beserta konsep operasi udara semasa melaksanakan Pelan PANTAS.