PROGRAM SUBJECT MATTER EXPERT EXCHANGE - AIRWORTHINESS (SMEE-AIWORTHINESS) ANTARA DIRECTORATE GENERAL TECHNICAL AIRWORTHINESS (DGTA) DENGAN MILITARY AIRWORHINESS AUTHORITY, ROYAL THAI AIR FORCE (MAA, RTAF)

IMG 6028 IMG 6113 IMG 6193
IMG 6225 IMG 6252 IMG 6260

 

KUALA LUMPUR, 20 Sep 24 – DGTA telah menganjurkan Program SMEE-Airwothiness bersama dengan pihak MAA, Royal Thai Air Force (RTAF) bermula dari 16 Sep 24 hingga 20 Sep 24. Program ini telah dipengerusikan bersama Ketua Pengarah DGTA, Brig Jen Ruszali bin Zakaria TUDM dan Air Vice Marshall Panit Ponok MAA, RTAF.

Objektif utama Program SMEE – Airworthiness 2024 adalah untuk berkongsi maklumat dan isu-isu berkaitan Technical Airworthiness di antara pihak DGTA dan MAA, RTAF. Disamping itu, program ini juga diadakan bagi memuktamadkan Billateral Military Airworthiness Recognition (BMAR) di antara kedua-dua pihak agar penyerahan sijil dapat dilaksanakan semasa Pameran Langkawi International Maritime and Aerospace (LIMA 25).

IMG 6262 IMG 6263 IMG 6278
IMG 6299 IMG 6305 IMG 6308
IMG 6330 IMG 6565 IMG202409170911222

 

Antara perkara yang telah dibincangkan semasa program ini adalah melibatkan Aircraft Certification Process, Maintenance & Training Process, dan juga Aircraft Maintenance Licensing yang telah dilaksanakan oleh kedua-dua pihak.

Hubungan kerjasama erat yang ditunjukkan oleh kedua-dua pihak ini menjadi bukti Malaysia dan Thailand sentiasa komited dalam memelihara keamanan serantau dan memperkukuhkan lagi hubungan dua hala yang sudah terjalin.