SUBANG, 2 Mac 2024 β Mesyuarat Agung Tahunan BAKAT PU Subang bagi tahun 2024 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 2 Mac 2024 bertempat di Dewan Ababil Pangkalan Udara Subang. Perasmian mesyuarat telah disempurnakan oleh Kol Yusri bin Jamari TUDM, Komander Pangkalan Udara Subang dan turut dihadiri oleh Pegawai-pegawai Memerintah, Ketua-ketua Cawangan dan Unit Lodger yang bernaung di bawah pemerintahan PU Subang.
Pada majlis tersebut, Komander Pangkalan turut menyempurnakan penyampaian Sijil Penghargaan kepada AJK Biro BAKAT yang telah memberikan komitmen dalam melaksanakan tugas-tugas sebagai AJK BAKAT PU Subang sepanjang tahun 2023.
Kemudiannya, acara diteruskan dengan sesi mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Puan Haslin binti Ismail, isteri Komander Pangkalan merangkap Pengerusi BAKAT PU Subang. Agenda mesyuarat telah membincangkan mengenai pembentangan Laporan Kewangan 2023, perancangan aktiviti BAKAT 2024, perlantikan Ketua Biro bagi Penggal 2024 serta perbincangan usul-usul daripada ahli BAKAT yang hadir.