IPOH, 2 Mac 24 - Mesyuarat Agung Tahunan BAKAT Akademi Tentera Udara (ATU) bagi tahun 2024 telah dirasmikan oleh Komandan Akademi Tentera Udara, Kol Rafiddee Bin Dollah TUDM bertempat di Dewan Rajawali, ATU. Turut menghadiri majlis perasmian tersebut adalah Ketua Cawangan Tadbir, Lt Kol Mohamad Zumairi bin Abdullah TUDM selaku Penasihat BAKAT ATU.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Ruziati Bibi binti Hassan selaku Pengerusi BAKAT Akademi Tentera Udara, Ipoh dan dihadiri oleh ahli BAKAT seramai 158 orang yang melibatkan isteri-isteri Pegawai serta anggota LLP.
Mesyuarat yang dimulakan pada jam 0800 diteruskan oleh Pegawai BAKAT dan Pengerusi BAKAT dengan pembentangan Laporan Kewangan oleh Bendahari seterusnya pembentangan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sepanjang tahun 2023 dan perancangan aktiviti bagi tahun 2024 oleh Ketua-ketua Biro yang telah dilantik.
Di samping itu, Pengerusi turut melaksanakan slot pembentangan berkenaan etika pemakaian pakaian BAKAT yang betul ketika menghadiri majlis rasmi atau tidak rasmi.
Turut disampaikan adalah sijil penghargaan kepada AJK Biro BAKAT yang telah memberikan komitmen yang jitu terhadap BAKAT ATU sepanjang tahun 2023 serta sumbangan kepada anak istimewa ahli BAKAT ATU iaitu adik Mohamad Aqil Khalish bin Mohd Azizi.
Di akhir majlis ini telah berlangsung acara bergambar bersama semua ahli BAKAT yang telah menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan BAKAT ATU Tahun 2024. Syabas diucapkan kepada semua yang menjayakan majlis tersebut.
#BAKATATU
#BAKATUdara