𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€ πŠπ„π“π”π€ 𝐒𝐓𝐀𝐅 π’πˆπ’π“π„πŒ πŒπππ” πŠπ„ πŠπŽπŒππ‹π„πŠπ’ 𝐑𝐀𝐃𝐀𝐑 𝐆𝐔𝐍𝐔𝐍𝐆 ππ†πˆπ‹πˆ

IMG 8629 IMG 8643 IMG 8673
IMG 8782 IMG 8794 IMG 8808

 

KOMPLEKS RADAR GUNUNG NGILI, 21 Feb 24 - Ketua Staf Sistem Markas Pemerintahan Bantuan Udara (KSS MPBU), Brig Jen Ir Azhar bin Haji Idris TUDM dan delegasi telah mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Radar Gunung Ngili.

Ketibaan KSS MPBU dan delegasi telah disambut oleh Pemangku Pegawai Memerintah Lt Kol Mohd Azizan bin Mohamed Razali TUDM dan eksekutif pangkalan dan juga Skn 330 TUDM. Ketua Staf Sistem telah dibawa ke Bilik Taklimat Singgalang bagi mendengar Taklimat Pengoperasian Radar GM403. Taklimat tersebut turut disertai oleh wakil Zetro Services Sdn.Bhd.

Seterusnya, delegasi lawatan telah dibawa melawat ke platform Radar, Comm dan UPS Shelter serta kawasan sekitar pengoperasian Radar GM403. KSS MPBU dan delegasi telah diberikan taklimat secara walking brief oleh Mej Awang Azamree bin Awang Abu Bakar TUDM, Ketua Cawangan Kejuruteraan Skn 330 TUDM berkenaan pengoperasian Radar GM403 merangkumi status pengoperasian, alatan sokongan radar, alatan kritikal radar dan kaedah pelaksanaan Daily Inspection (DI) oleh anggota syif bertugas.