PROGRAM PENDIDIKAN KESEJAHTERAAN KELUARGA (PKK) ATM TAHAP 2 PERINGKAT PANGKALAN UDARA GONG KEDAK 2024

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

GONG KEDAK, 22 Feb 24 - Pejabat Pendidikan dan Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Pangkalan Udara Gong Kedak telah menganjurkan program Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) ATM Tahap 2 yang bertajuk Menatang Mahligai Cinta di Dewan Serbaguna, PUGK. Program ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Plan Strategik MINDEF (PSM) bagi 2021 hingga 2025 - Teras 3 Pelestarian Kesejahteraan Warga ATM.

Program ini dimulakan dengan sesi ucapan daripada Komander Pangkalan, Kol Mohd Faizal bin Abu Bakar TUDM dan seterusnya merasmikan Program Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) ATM Tahap 2 Peringkat Pangkalan Udara Gong Kedak bagi tahun 2024. Program ini dianjurkan bagi memfokuskan kepada anggota dan pasangan yang baru mendirikan rumah tangga serta anggota yang bakal menimang cahaya mata.

10 11 12
13 14 15

 

Selain itu, program ini disertai seramai 76 orang peserta bersama pasangan dan 23 orang peserta pasangan jarak jauh. Program yang berbentuk ceramah dan diselitkan dengan aktiviti-aktiviti berpasangan ini disampai oleh penceramah jemputan iaitu Pegawai Pendidikan dari PU Kuantan, Mej Hasyuzaini binti Che Hassan.

Antara intipati program kali ini adalah merangkumi tanggungjawab pasangan dalam memelihara hubungan cinta, cabaran dalam melayari rumahtangga dan persediaan untuk menjadi ibu bapa. Sepanjang pelaksanaan program ini, semua peserta mempamerkan interaksi yang positif dan proaktif. Diharapkan semua ilmu daripada perkongsian yang telah disampaikan akan menjadi asas kepada keharmonian dalam berumahtangga di samping memperkukuh institusi kekeluargaan yang harmoni dan sejahtera demi meningkatkan moral dan keupayaan berbakti anggota kepada organisasi.