![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 18 Feb 25 – Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah menyempurnakan pemakaian pangkat kepada empat (4) pegawai berpangkat Mej TUDM yang dinaikkan pangkat ke pemangku Leftenan Kolonel TUDM bertempat di Eagle Nest, Markas Tentera Udara, hari ini.
Mendahului senarai adalah Mej Norlela binti Harun TUDM yang menjawat jawatan sebagai Pegawai Memerintah No 20 Skuadron di Pangkalan Udara Subang, Mej Mohamad Shamsol Kamal bin Padzil TUDM menjawat jawatan sebagai Pegawai Staf 1 Perolehan di MTU-Material, Mej Mohd Rashidy bin Zulkifli TUDM menjawat jawatan sebagai Pegawai Memerintah INSMAT dan Mej Hafizuddin bin Rashid TUDM pula menjawat jawatan sebagai Pegawai Memerintah No 2 Skuadron di Pangkalan Udara Subang.
Turut hadir menyaksikan majlis ialah Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Dato’ Masro bin Kaliwon TUDM serta pegawai-pegawai kanan TUDM.
Timbalan Panglima Tentera Udara serta seluruh warga TUDM mengucapkan tahniah kepada semua Pegawai Kanan TUDM yang telah dinaikkan pangkat. Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan memberi aspirasi kepada semua untuk terus maju jaya dalam perkhidmatan.