![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SUBANG, 14 Februari 2025 – Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU) telah melaksanakan Bengkel Pemerkasaan Struktur Latihan TUDM Siri 1/25 yang dipengerusikan oleh Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM yang diadakan di Mes Wira Angkasa, Pangkalan Udara Subang.
Bengkel yang berlangsung dari 12 hingga 14 Feb 25 ini turut dihadiri oleh Asisten Ketua Staf Tadbir, Brig Jen Junairi bin Baharom TUDM; Ketua Staf MPPLU, Brig Jen Norazman bin Ismail TUDM, pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai TUDM yang terlibat sebagai stakeholder dalam pelaksanaan latihan TUDM.
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk menilai dan mengenalpasti ruang penambahbaikan bagi memperkasakan struktur latihan, pengurusan kurikulum dan latihan di peringkat strategik, operasional dan taktikal TUDM. Antara fokus utama pelaksanaan bengkel ini adalah menganalisa dan menilai semula struktur latihan, pengurusan kurikulum serta latihan melalui taklimat dan perbincangan strategi. Ianya diadakan bagi meningkatkan keberkesanan latihan bertepatan dengan fungsi dan peranan Markas, Bahagian dan Cawangan, menyelaras latihan berasaskan sistem latihan baharu berdasarkan kepada RMAF Training Doctrine 2nd Edition serta penilaian strategi pemerkasaan latihan melalui perbincangan dan cadangan penambahbaikan struktur latihan.
Bengkel ini juga turut menyediakan platform bagi para peserta bengkel untuk berkongsi idea, pengalaman, dan mencadangkan pendekatan yang lebih inovatif dalam merancang latihan, mengurus kurikulum dan melaksanakan latihan di peringkat Markas, Bahagian dan Cawangan. Penghasilan struktur latihan, pengurusan kurikulum dan latihan yang lebih tersusun dan terancang dapat memastikan setiap latihan yang dilaksanakan dalam TUDM memberi hasil yang optimum serta menepati kitaran latihan agar pembangunan berterusan dapat dirancang, dilaksanakan dan dipantau bagi melahirkan warga TUDM yang kompeten.
Bengkel kali ini berjaya dilaksanakan sebagai satu usaha MPPLU dalam memastikan struktur latihan, pengurusan kurikulum dan latihan yang efektif dapat memberi impak yang positif terhadap kualiti dan kecekapan warga TUDM di peringkat operasional dan taktikal yang berkemampuan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam persekitaran operasi TUDM.
Antara fasilitator-fasilitator yang telah dilantik ialah Lt Kol Richard a/l Bizikumarin TUDM dari MPPLU, Lt Kol Renganathan a/l Kersenan TUDM dari MPOU dan Mej Mohd Nizam bin Abdul Rahim TUDM dari MTU-BSM.