TIMBALAN PANGLIMA TENTERA UDARA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA INSPEKTOR JENERAL TENTERA UDARA

WhatsApp Image 2025 02 18 at 10.14.30 WhatsApp Image 2025 02 18 at 10.14.31

 

KUALA LUMPUR, 18 Feb 25 – Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Inspektor Jeneral Tentera Udara, Brig Jen Mohd Azwan bin Mohd Pohari TUDM di pejabat beliau, hari ini.

Kunjungan hormat kepada TPTU dilaksanakan bagi mendapatkan nasihat, panduan serta mandat daripada pucuk pimpinan tertinggi TUDM bagi menjalankan tugas beliau sebagai Inspektor Jeneral Tentera Udara selari dengan Pelan Pembangunan Keupayaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) 2055.

Dalam kunjungan hormat ini, Timbalan Panglima Tentera Udara turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Brig Jen Mohd Azwan bin Mohd Pohari TUDM diatas pelantikan sebagai Inspektor Jeneral Tentera Udara.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer