MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN 2025 KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

KUALA LUMPUR, 13 Ogos 2025 – Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pendidikan (AKP) Tahun 2025 yang berlangsung di Dewan Perkasa, Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM), hari ini.

Majlis disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin bagi meraikan 246 penerima AKP yang berjaya mencapai kecemerlangan akademik dan melanjutkan pelajaran ke institusi tinggi dalam dan luar negara. Tahun ini, penerima anugerah turut melibatkan anak-anak kakitangan awam Kementerian Pertahanan selain warga ATM.

Program ini merupakan inisiatif Yayasan LTAT untuk memberi penghargaan dan sokongan kepada anak-anak Warga Kerja Pertahanan (WKP) dalam usaha mereka membina masa depan yang lebih gemilang.

Selain itu, Yayasan LTAT juga aktif melaksanakan pelbagai program pendidikan seperti Elit SPM, e-Perkasa SPM, STEM, Kemahiran Keluarga Tentera (K2T), Simpanan Pendidikan MADANI dan Bantuan Pengajian Tinggi.

Kesemua program ini selaras dengan usaha Kementerian Pertahanan dalam memupuk kesejahteraan WKP sejajar dengan Teras Ketiga Pelan Strategik MINDEF 2021-2025 iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga Kerja Pertahanan dalam aspek memperkasakan pendidikan.

Turut hadir pada majlis ini ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Muhammad Hafizuddeain bin Jantan; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri (Dr.) Zulhelmy bin Ithnain serta para Pegawai Kanan, pegawai dan anggota/staf Kementerian dan ATM.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY