![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 13 Ogos 2025 – Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Komandan Akademi Tentera Udara, Kol Nurul Amir bin Othman TUDM di pejabat beliau hari ini.
Pertemuan ini menjadi platform kepada Kol Nurul Amir bin Othman TUDM untuk mendapatkan pandangan, nasihat serta amanat daripada kepimpinan tertinggi TUDM dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya di Akademi Tentera Udara agar seiring dengan Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 (CAP55).