PANGLIMA ANGKATAN TENTERA CIPTA SEJARAH SEBAGAI PENERIMA PERTAMA HALL OF FAME MAKTAB KETAHANAN NASIONAL

1 2 3
4 5 6

 

KUALA LUMPUR, 14 Ogos 2025 – Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM hadir menyaksikan detik bersejarah kepada Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar yang dinobatkan sebagai penerima pertama Hall of Fame Maktab Ketahanan Nasional (National Resilience College), PUSPAHANAS.

Panglima Angkatan Tentera merupakan alumni serta peserta perintis bagi Kursus Maktab Ketahanan Nasional pada tahun 2020. Majlis pemasyhuran telah diadakan di Dewan Hikmat, PUSPAHANAS yang menyaksikan sesi pengisytiharan deklarasi pemasyhuran serta penyampaian sijil perakuan kepada Panglima Angkatan Tentera sebagai simbol pengiktirafan tertinggi daripada pihak Maktab Ketahanan Nasional yang disempurnakan oleh Komandan Maktab Ketahanan Nasional, Mejar Jeneral Abdul Karim bin Ahmad.

Turut hadir di majlis bersejarah tersebut adalah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Muhammad Hafizuddeain bin Jantan; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri (Dr.) Zulhelmy bin Ithnain; Lembaga Gabenor PUSPAHANAS, Pegawai-pegawai Kanan ATM dan para peserta Maktab Ketahanan Nasional Kohort 6/25.

Panglima Tentera Udara dan seluruh warga TUDM ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Jeneral Tan Sri Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar di atas penganugerahan tersebut.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY