MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI DIBAWAH NAUNGAN MARKAS PEMERINTAHAN BANTUAN UDARA

WhatsApp Image 2025 02 13 at 14.40.40 1 WhatsApp Image 2025 02 13 at 14.40.40 2 WhatsApp Image 2025 02 13 at 14.40.40
WhatsApp Image 2025 02 13 at 14.40.41 WhatsApp Image 2025 02 13 at 14.40.42



SUBANG, 10 Februari 2025 - Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Dato’ Masro bin Kaliwon TUDM telah menyempurnakan pemakaian pangkat kepada tiga (3) pegawai dibawah naungan Markas Pemerintahan Bantuan Udara (MPBU) bertempat di Pejabat Panglima Bantuan Udara.

Pegawai yang dinaikkan pangkat adalah Kapt Mohd Idris bin Abd Majid yang dinaikkan pangkat ke Mejar TUDM dan kini memegang jawatan sebagai Pegawai Pentadbir P4 di MPBU. Seterusnya, Kapt Abdul Rahim bin Abu Alhadi TUDM telah dinaikkan pangkat ke Mej TUDM bagi jawatan Pegawai Kejuruteraan Mekanikal, Bahagian Sistem & Maintenance Repair & Overhaul (MRO) di MPBU. Yang terakhir adalah Kapt Ts. Muhammad Abu Hanifah bin Mohd Haniff TUDM dinaikkan pangkat ke Mej TUDM bagi jawatan Ketua Terminal Peluru, Terminal Peluru 3.

Turut hadir ke majlis ini adalah Brig Jen Ir. Azhar bin Idris TUDM, Ketua Staf MPBU dan Brig Jen Norizan binti Wahab TUDM, Ketua Staf Khidmat MPBU.

Panglima Bantuan Udara mengucapkan sekalung tahniah kepada Pegawai-pegawai yang telah dinaikkan pangkat dan berharap Pegawai-pegawai tersebut dapat melaksanakan tanggungjawab yg diamanahkan ini dengan jayanya.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer