KUNJUNGAN HORMAT PANGLIMA TENTERA UDARA KE ATAS PANGLIMA ANGKATAN TENTERA

WhatsApp Image 2025 02 13 at 14.02.50 WhatsApp Image 2025 02 13 at 14.02.48 WhatsApp Image 2025 02 13 at 14.02.49

 

KUALA LUMPUR, 13 Februari 2025 – Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah melaksanakan kunjungan hormat ke atas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar di pejabat Panglima Angkatan Tentera, hari ini.

Kunjungan hormat ini merupakan kunjungan rasmi pertama Panglima Tentera Udara ke atas Jeneral Datuk Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar yang telah dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Ke-23 pada 31 Januari 2025 lalu.

Dalam pertemuan tersebut, PTU dan PAT turut mengadakan perbincangan dan saling bertukar pandangan di dalam meningkatkan kecemerlangan dan kesiagaan organisasi ATM amnya dan TUDM khasnya.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer