![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SENDAYAN, 6 Februari 2025 – Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS) melaksanakan lawatan kerja ke Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU). Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM telah menyambut ketibaan delegasi dari PUSPAHANAS yang diketuai oleh Presiden PUSPAHANAS, Laksamana Madya Datuk Sabri bin Zali TLDM yang diiringi oleh Ketua Pengarah Pengurusan dan Latihan PUSPAHANAS, Brig Jen Mohd Azmurin bin Mat Khalib serta pegawai-pegawai delegasi dari PUSPAHANAS.
Turut sama menyambut ketibaan delegasi ialah Ketua Staf MPPLU, Brig Jen Norazman bin Ismail TUDM dan Komander Pangkalan Udara Sendayan, Kol Azman bin Taib TUDM serta pegawai-pegawai kanan dari MPPLU dan PU Sendayan.
Lawatan kerja ini telah dimulakan dengan Pemeriksaan Kawalan Kuarter dan seterusnya acara menandatangan buku lawatan di MPPLU. Delegasi lawatan seterusnya dibawa ke Bilik Mesyuarat MPPLU bagi sesi penyampaian taklimat oleh MPPLU. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Ketua Staf MPPLU yang merangkumi struktur organisasi dan peranan organisasi latihan di peringkat TUDM. Selain itu, taklimat tersebut juga menerangkan perancangan jangka pendek, pertengahan dan hala tuju masa hadapan MPPLU dalam menguruskan modal insan TUDM.
Selanjutnya, Presiden PUSPAHANAS turut memberi idea dan pandangan beliau berdasarkan latihan yang diterapkan oleh PUSPAHANAS iaitu konsep Professional Military Education (PME). Pendekatan konsep PME wajar diterapkan dalam setiap peringkat fasa latihan ketenteraan iaitu bermula dari peringkat asas latihan ketenteraan agar dapat melahirkan anggota yang profesional, kompeten dan cekap seiring dengan hasrat oleh Panglima Angkatan Tentera ke-23.
Lawatan kali ini telah berjaya dilaksanakan sebagai satu usaha bersama dalam mencapai kesepaduan latihan dan doktrin di peringkat ATM amnya.