LAWATAN KERJA RASMI PANGLIMA PENDIDIKAN DAN LATIHAN UDARA KE AKADEMI TENTERA UDARA

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12

 

IPOH, 3 Februari 2025 - Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato' Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM buat julung kalinya melaksanakan lawatan kerja rasmi ke Akademi Tentera Udara (ATU). Ketibaan PPLU dan delegasi telah disambut oleh Komandan ATU, Kol Rafiddee bin Dollah TUDM. Turut sama mengiringi di dalam lawatan kerja ini adalah Asisten Ketua Staf Tadbir, Brig Jen Junairi bin Baharom TUDM; Ketua Staf MPPLU, Brigedier Jeneral Norazman bin Ismail TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan MPPLU dan Pegawai-pegawai ATU.

Lawatan kerja ini telah dimulakan dengan Pemeriksaan Kawalan Kuarter sebelum PPLU menyaksikan raptai penuh persediaan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Udara Siri 68/24. Delegasi lawatan seterusnya dibawa untuk meninjau persekitaran ATU serta kawasan cadangan infrastruktur baharu bagi kemudahan fasiliti yang terdapat di dalam Akademi. PPLU turut diberi taklimat oleh Komandan ATU secara 'walking brief' semasa lawatan tentang permasalahan serta cabaran yang dihadapi ATU.

Acara menandatangani buku lawatan dan sesi bergambar pula telah diadakan di perkarangan Bangunan SPPK sebelum sesi taklimat lawatan yang disampaikan oleh Komandan ATU di Bilik Mesyuarat Akademi. Di dalam lawatan ini, PPLU turut meluangkan masa bagi sesi dialog bersama pegawai serta jurulatih Akademi yang diadakan di Auditorium Nuri ATU. Mengakhiri lawatan, PPLU dan delegasi kemudiannya dibawa ke kolam Komandan bagi acara menanam pokok bersama-sama eksekutif ATU yang menjadi simbolik bagi lawatan kali ini.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer