![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 3 Februari 2025 - Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menerima mengadap Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM di Shahzan House, Ampang.
Panglima Tentera Udara menjunjung kasih di atas perkenan Kebawah Duli Paduka Baginda meluangkan masa mendengar sembah taklimat perkembangan terkini berkenaan TUDM.
‘MENJUNJUNG KASIH TUANKU’
Semoga Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku sentiasa berada di bawah lembayung rahmat dan kasih sayang Allah SWT.