![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 4 Jul 2025 – Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Muhammad Hafizuddeain bin Jantan di Markas Tentera Darat, Wisma Pertahanan.
Kunjungan ini merupakan kunjungan rasmi pertama Jeneral Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan selaku Panglima Tentera Udara yang baharu kepada Panglima Tentera Darat.
Kunjungan hormat ini merupakan salah satu manifestasi bagi memperkukuhkan hubungan kerjasama dan kebolehoperasian bersama antara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Darat Malaysia (TDM).
Semasa pertemuan ini, Panglima Tentera Udara dan Panglima Tentera Darat berpeluang bertukar pandangan dan berbincang beberapa perkara strategik dalam usaha meningkatkan kesiagaan serta keupayaan bersama dalam usaha mendokong visi dan misi ATM.