MAJLIS BACAAN YASIN & DOA SELAMAT SEMPENA PELANTIKAN PANGLIMA TENTERA UDARA KE-21

1 2 3
4 5 6
10 12 14
19 21 26

 

SUBANG,4 Jul 2025 – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena pelantikan Panglima Tentera Udara Ke-21 yang diadakan di Masjid Al-Muhajirin Pangkalan Udara Subang hari ini.

Majlis telah dihadiri oleh Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM; Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM; Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Masro bin Kaliwon TUDM; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM; Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Dato’ Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM, Pegawai-pegawai Kanan serta para pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat yang bertugas di sekitar Lembah Klang.

Pelaksanaan majlis yang penuh barakah ini adalah sebagai tanda kesyukuran serta memohon keberkatan dan perlindungan daripada Allah SWT agar urusan dan tangungjawab kepimpinan yang digalas oleh Jen Dato’ Sri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM sentiasa dipermudahkan, diberikan kekuatan fizikal dan Rohani serta dikurniakan kejayaan dan kebijaksanaan dalam menerajui TUDM ke arah kecemerlangan.

Bacaan Yasin pada hari ini juga turut dihadiahkan kepada Almarhumah YM Tengku Puan Sri Datin Sri Elena binti Tengku Kamarulzaman, isteri kepada Leftenan Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Mohd Yunus bin Mohd Tasi TUDM, mantan Panglima Tentera Udara Ke-9 yang telah kembali ke Rahmatullah pada 2 Julai 2025.

Bacaan Yasin dan Doa Selamat telah dipimpin oleh Kolonel Haji Salahuddin bin Safeie, Pengarah Agama Markas Tentera Udara. Majlis pada hari ini diakhiri dengan khutbah dan Solat Jumaat.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY