KUNJUNGAN HORMAT PANGLIMA TENTERA UDARA KE ATAS KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PERTAHANAN

1 2 3
4 5 6

 

KUALA LUMPUR, 4 Jul 2025 – Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali, di Wisma Pertahanan.

Kunjungan ini merupakan kunjungan rasmi pertama Panglima Tentera Udara Ke-21 kepada KSU setelah mengambil alih tugas pada 26 Jun 2025 yang lalu.

Pertemuan ini menjadi platform penting kepada beliau dalam memperkukuhkan hubungan strategik antara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan kepimpinan tertinggi Kementerian Pertahanan serta membuka ruang perbincangan dan mendapatkan nasihat untuk beliau melaksanakan tugas selaku Panglima Tentera Udara yang baharu. Selain itu, ia juga bagi memastikan setiap agenda untuk meningkatkan kesiagaan serta keupayaan TUDM dapat dilaksanakan dengan berkesan serta selari dengan kertas putih pertahanan dan juga mendapat sokongan penuh daripada pucuk pimpinan kementerian.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY