![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
BUTTERWORTH, 11 November 2025 – Pejabat Agama Pangkalan telah melaksanakan Seminar Raikan Cinta, Eratkan Keluarga di Pangkalan Udara Butterworth bagi Tahun 2025 bertempat di Dewan Setia, PU Butterworth.
Seminar ini telah disertai seramai 140 peserta daripada semua skuadron dan cawangan bersama pasangan masing-masing dan diserikan dengan kehadiran Ketua Cawangan Tadbir, Lt Kol Mohd Noor Hafiz bin Mat Said TUDM.
Program ini dimulakan dengan dua slot ceramah. Slot pertama yang bertajuk 'Memupuk Hubungan Mesra Suami Isteri Hingga ke Akhir Hayat' telah disampaikan oleh penceramah jemputan Ustaz Hj. Muhamad Fauzi bin Elias, slot kedua telah disampaikan oleh Ustaz Haji Yusof bin Haji Saad yang bertajuk 'Keluarga Bahagia, Keluarga Mawaddah'.









