![]() |
|
|
|
|
![]() |
BUTTERWORTH, 11 November 2025 - Wisma Ahli Udara Pangkalan Udara Butterworth telah mengadakan kursus induksi bagi ahli-ahli baru Wisma Ahli Udara. Kursus ini akan dilaksanakan mulai 3 Nov 25 hingga 14 Nov 25. Perasmian kursus ini telah disempurnakan oleh Ketua Cawangan Tadbir, Lt Kol Mohd Noor Hafiz bin Mat Said TUDM, PU Butterworth.
Antara objektif kursus ini adalah untuk memberi tunjuk ajar bertetapan dengan kehendak perkhidmatan sebagai PTTR berkaitan etika, protokol, adab sopan, hormat-menghormati, budi bahasa, kerjasama dan mematuhi arahan pihak atasan serta berketerampilan.
Peserta kursus juga akan diberi pendedahan untuk mengajar, mengelola aktiviti riadah, tatacara bersosial serta lain-lain persediaan di peringkat awal bagi menjadi seorang PTTR yang berwibawa.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Mej Mohd Shahar bin Othman TUDM dan PW U I Suhaimi bin Supaat, PW Pangkalan.





