ATU PERKASA KECEKAPAN SELURUH WARGA DALAM PENGURUSAN RISIKO KEBAKARAN

IMG 20251111 WA0032 IMG 20251111 WA0047 IMG 20251111 WA0049
IMG 20251111 WA0030 IMG 20251111 WA0031 IMG 20251111 WA0034
IMG 20251111 WA0035 IMG 20251111 WA0036 IMG 20251111 WA0037
IMG 20251111 WA0039 IMG 20251111 WA0045 IMG 20251111 WA0048

 

IPOH, 10 Nov 25 – Selaras dengan arahan terbaharu Komandan ATU untuk melibatkan semua peringkat warga ATU termasuk pegawai, LLP, staf awam dan ahli keluarga di kuarters dalam meningkatkan kesiapsiagaan keselamatan kebakaran, Cawangan Bomba ATU telah melaksanakan Latihan Piket Api secara berfasa bertempat di Cawangan Bomba ATU.

Latihan ini menandakan perubahan signifikan daripada amalan sebelum ini yang hanya melibatkan anggota LLP, dengan kini keseluruhan warga ATU, termasuk Komandan sendiri telah dilatih sebagai Tim Piket Api ATU bagi memperkukuh keupayaan tindak balas kecemasan ATU secara menyeluruh.

Program latihan yang merangkumi pendedahan terhadap tatacara pencegahan kebakaran, pengendalian alat pemadam api, kawad hos, aktiviti memadam api serta simulasi kecemasan telah mula dilaksanakan secara berfasa sejak 4 Sep 25 hingga kini bagi memastikan setiap warga ATU memahami peranan kritikal mereka semasa insiden kebakaran. Hasil tunjuk ajar dan latihan yang diketuai oleh PW U II Mohd Rafizan bin Ramli, kini ATU telah berjaya menghasilkan 18 orang pegawai dan 110 orang LLP terlatih sebagai Tim Piket Api ATU.

Ketua Cawangan Bomba ATU, Kapt Muhammad Aqil bin Zabidin TUDM menjelaskan bahawa penyertaan menyeluruh ini mencerminkan komitmen ATU dalam membudayakan keselamatan serta memastikan kecekapan dan kesiapsiagaan warga berada pada tahap optimum. Pelaksanaan latihan ini bukan sahaja telah berjaya meningkatkan kemahiran warga ATU dalam menangani kecemasan, malah turut menyemai budaya keselamatan berasaskan tanggungjawab bersama demi melindungi aset, warga dan infrastruktur ATU secara holistik.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY