![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
PERAK, 3 Oktober 2025 – Seramai 20 orang pegawai TUDM telah menghadiri RMAF Operational Law Course Serial 2/25 anjuran Markas Tentera Udara – Cawangan Perundangan.
Kursus ini telah dilaksanakan mulai 22 September hingga 3 Oktober 2025 dan Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Brig Jen Mohd Zairul Hisham bin Muhamad Ibrahim TUDM, Panglima Rejimen TUDM di Auditorium Nuri, Akademi Tentera Udara, Ipoh.
Objektif kursus ini diadakan bertujuan untuk melatih peserta dalam pengetahuan undang-undang dan kemahiran membuat keputusan, serta memberikan pemahaman yang menyeluruh mengenai aspek undang-undang yang berkaitan dengan operasi TUDM dan ATM.
Kursus ini turut merangkumi field study iaitu lawatan ke Pos 802, Op Pagar 3 di bawah pemerintahan Markas 2 Briged dan kapal TLDM KD Gagah Samudera di bawah pemerintahan Markas Pemerintahan Armada Barat. Tujuan field study di kedua-dua lokasi ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada peserta kursus berkenaan aspek pengoperasian seperti Rules of Engagement yang meliputi penggunaan amaran, Use of Force, tangkapan, kekangan serta cabaran dalam operasi.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta kursus yang hadir. Semoga setiap peserta dapat mengaplikasikan ilmu yang diperolehi sepanjang kursus dalam tugasan operasi serta memperkukuhkan kecekapan profesional setiap pegawai dalam kerangka perundangan yang sah dan beretika.
Turut hadir semasa Majlis Penutup ialah Ketua Sekolah Latihan Perajurit Muda, Akademi Tentera Udara, Lt Kol Hasruddin bin Hashim TUDM dan Ketua Cawangan Tadbir, Akademi Tentera Udara, Lt Kol Mohamad Zumairi bin Abdullah TUDM.












