Select your language

MAJLIS "BERJUANG DENGAN ILMU DAN BERKHIDMAT DENGAN IMAN” SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN INSTITUT PENGAJIAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN (INSTAR) KE-53

DSC 0042 DSC 0040 DSC 0051
DSC 0082 DSC 0093 DSC 0108
DSC 0110 DSC 0118 DSC 0151

 

SENDAYAN, 13 Okt 25 – Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR) telah melaksanakan Majlis Ceramah dan Bacaan Yasin Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun INSTAR ke-53. Majlis yang bertemakan “Berjuang dengan Ilmu dan Berkhidmat dengan Iman” ini dianjurkan oleh Trade Instructor Course – Admin Siri 18/25 dan diadakan di Dewan Pahlawan, INSTAR.

Majlis dimulakan dengan ketibaan Lt Kol Junaidi bin Abdul Aziz TUDM, Pegawai Memerintah INSTAR diikuti dengan ceramah agama oleh Sjn Muhammad Hilmi bin Mad Sobri dari MPPLU yang berintipatikan kepimpinan dalam organisasi. Majlis diteruskan dengan Solat Maghrib berjemaah, bacaan Yasin dan Solat Isyak berjemaah. Majlis diakhiri dengan makan malam bersama semua warga INSTAR.

Dalam ceramah agama oleh Sjn Muhammad Hilmi bin Mad Sobri, beliau menerangkan kepentingan mengamalkan sikap kepimpinan melalui teladan oleh barisan peneraju sesebuah organisasi untuk dicontohi oleh anggota bawahan. Selain itu, setiap individu dalam sesebuah organisasi memikul amanah penugasan masing-masing yang wajib diuruskan sebaiknya sebagai persiapan untuk dipertanggungjawabkan semula kepada kita di akhirat kelak. Perkara ini adalah seiring dengan sabda Rasulullah SAW dalam Riwayat Bukhari dan Muslim iaitu “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang kepimpinannya.”

Penganjuran majlis ini merupakan salah satu usaha INSTAR mendukung saranan dalam Ucaptama Panglima Angkatan Tentera ke-23 melibatkan Kebajikan dan Kesejahteraan Anggota melalui penerapan nilai-nilai murni oleh semua peringkat pemerintahan bagi memperkukuh aspek kerohanian dalam kalangan anggota ATM.

Turut hadir menjayakan majlis ini ialah semua pegawai, anggota LLP INSTAR dan para penuntut dari Kursus Asas Pegawai Tadbir Siri 49/25, Kursus Jurulatih Jasmani Peningkatan Kelas I Siri 6/25, Kursus Pembantu Pertahanan Peningkatan Kelas II Siri 25/25, Kursus Pembantu Pertahanan Kelas 1 Siri 82/25 dan Kursus Jurulatih Jasmani Kelas I Siri 8/25.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY