Select your language

PROGRAM JIWA MADANI KURSUS FLIGHT OPERATIONS MANAGEMENT (FOM) SIRI 26/25 DI SURAU HAJI IBRAHIM, KAMPUNG TELAGA BATIN, KUALA TERENGGANU

WhatsApp Image 2025 10 24 at 08.58.34 WhatsApp Image 2025 10 24 at 08.58.40 WhatsApp Image 2025 10 24 at 08.58.45
WhatsApp Image 2025 10 24 at 08.58.46 WhatsApp Image 2025 10 24 at 08.58.50 WhatsApp Image 2025 10 24 at 08.58.51

 

Kuala Terengganu, 23 Oktober 2025 - Program Jiwa Madani Kursus FOM Siri 26/25 telah berjaya dianjurkan di Surau Haji Ibrahim, Kampung Telaga Batin. Program ini merupakan sebahagian daripada pengisian Latihan Amali Operasi Taktikal (LAOT) yang sedang dilaksanakan dan juga dikenali sebagai Civil-Military Cooperation (CIMIC). Program CIMIC ini adalah antara inisiatif yang melibatkan warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam operasi selain peperangan (Military Operations Other Than War - MOOTW).

Program ini dianjurkan oleh Sekolah Kawalan Trafik Udara (SKTU), Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) dan melibatkan 1 x jurulatih pegawai, 12 x jurulatih LLP serta 24 x Peserta Kursus FOM Siri 26/25. Turut sama menjayakan program ini ialah penduduk kampung dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Surau Haji Ibrahim.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah gotong-royong membersihkan kawasan serta menceriakan laman surau. Program ini bertujuan menyemai semangat kerjasama, keprihatinan sosial serta memperkukuh jalinan hubungan antara TUDM dan komuniti awam.

Satu sesi bergambar beramai-ramai telah diadakan di hadapan Surau Haji Ibrahim, diikuti dengan sesi beramah mesra antara AJK surau dan penduduk kampung. Suasana penuh mesra, santai dan harmoni menggambarkan semangat kebersamaan yang terjalin melalui program ini.

Pihak pengurusan Surau Haji Ibrahim dan penduduk kampung turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kehadiran serta sumbangan tenaga daripada warga INSPRA. Program Jiwa Madani ini bukan sahaja menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat setempat, malah menjadi platform penting dalam pembinaan sahsiah dan nilai kepimpinan peserta kursus.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY