KUANTAN, 13 Apr 22 – Pangkalan Udara Kuantan dengan anjuran bersama Bahagian Perisikan Pertahanan (BSPP) telah menganjurkan Riad Show Task Force Perisai Wira ATM yang diadakan di Dewan Sri Angkasa, PU Kuantan.
Objektif utama road show ini dianjurkan adalah untuk memberi penerangan dan penjelasan mengenai fahaman ekstremisme, radikalisme dan terorisme serta mewujudkan kesedaran dalam kalangan anggota tentera tentang bahaya ancaman tersebut kepada keselamatan ATM dan Negara.
Dalam program ini diadakan sesi syarahan bertajuk Ancaman Ekstremisme, Radikalisme dan Terorisme Kepada Keselamatan ATM bersama panel jemputan Kol Dr Zulkarnain bin Haron, Ketua Cawangan Anti Keganasan, BSPP. Diakhir program diadakan penyerahan bahan bacaan dan poster anti keganasan dari BSPP kepada pihak pangkalan.
Turut serta dalam program adalah Ketua Cawangan Operasi, Lt Kol Bahrin bin Ayob TUDM mewakili Komander Pangkalan, Eksekutif Pangkalan, kakitangan awam dan ahli BAKAT PU Kuantan.