ALOR SETAR, 12 Apr 22 – Wisma Ahli Udara Kolej Tentera Udara (KTU) telah menganjurkan Program Memasak dan Agihan Bubur Lambuk yang diadakan di Surau Al-Iman, Kolej Tentera Udara.
Program ini telah dirasmikan oleh Komandan Kolej, Brig Jen Ramli bin Mohd Abd Jabar TUDM sambil diiringi oleh Pegawai Penjaga Wisma Ahli Udara, Mej Harim bin Hassan TUDM dan Yang Di Pertua Wisma Ahli Udara, Kpl U Mohd Shafiq Affendy bin Zakaria yang turut sama mengacau bubur lambuk sebagai simbolik perasmian serta menyempurnakan pengagihan bubur lambuk kepada pegawai eksekutif serta SSM Kolej Tentera Udara.