GUNUNG NGILI, 13 Apr 22 - Skuadron 330 TUDM telah membuka tirai Program Jiwa Murni pada tahun ini dengan menganjurkan program berbuka puasa bersama Penghulu serta wakil kaum di kampung sekitar Simunjan selam dua (2) hari. Turut serta dalam majlis ini wakil Ketua Polis Daerah Simunjan. Majlis berbuka ini dituruti dengan pengisian tazkirah, solat fardhu, solat Tarawih berjemaah dan diakhiri dengan Qiamulail pada keesokkan paginya.
Program Jiwa Murni diteruskan dengan menyampaikan sumbangan berupa keperluan harian kepada penduduk miskin dan asnaf di sekitar Kampung Kelka, Kampung Sageng dan kampung Nenas di dalam daerah Simunjan. Seramai 31 orang penduduk miskin dan asnaf yang dikenalpasti telah menerima sumbangan tersebut.
Penganjuran program ini telah mendapat sambutan yang amat baik dari kalangan penduduk tempatan disamping dapat menyantuni golongan-golongan yang kurang berkemampuan dalam menjalani bulan Ramadhan dan juga menyambut Syawal yang bakal menjelang.
Skn 330 TUDM yang diketuai oleh Peg Laksana Skn, Lt Kol Mohammad Amran bin Addman @ Adnan TUDM serta barisan Eksekutif Skn, Pegawai dan anggota yang terlibat secara langsung dan tidak langsung mengucapkan jutaan terima kasih kepada Penghulu serta wakil² kaum yang telah memberi sambutan serta kerjasama baik kepada Skn 330 TUDM dalam menganjurkan Program Jiwa Murni pada kali ini.