KERJASAMA LATIHAN LANJUTAN TUDM–UTM–UTHM PERKUKUH AGENDA INOVASI DAN TEKNOLOGI AEROANGKASA NEGARA

1 2 3
4 5 6

 

SKUDAI, 30 Oktober 2025 – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terus melangkah ke hadapan dalam bidang inovasi pertahanan melalui jalinan strategik bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi memperkukuh keupayaan penyelidikan serta pemindahan teknologi aeroangkasa negara.

Melalui Sekretariat Inovasi Markas Tentera Udara, program latihan lanjutan yang dilaksanakan memberi fokus kepada pemindahan teknologi berasaskan Technology Readiness Level (TRL) dan pengiktirafan antarabangsa tahun 2026, sekali gus memperkasakan pegawai inovasi TUDM dalam menilai tahap kesiagaan teknologi secara sistematik dan sejajar dengan piawaian global.

Program ini merupakan hasil kerjasama erat antara TUDM dan UTM Innovation and Commercialisation Centre (ICC) yang diterajui oleh Mej Ts. Muhammad Syafiq bin Muhammad Suhaimi TUDM bersama En. Mohamad Fitri bin Khamis, Technology Transfer Officer (Commercialisation), serta Dr. Azlin binti Abd Jamil, wakil Program RTTP.

Dalam masa sama, Sekretariat Inovasi TUDM turut diberi peluang menyertai Hussein Innovation and Talent Symposium (HITS’25) dan International Undergraduate Innovation Competition (IUIC) — platform yang membuka ruang kepada warga TUDM untuk berkongsi idea kreatif dan memperkukuh sinergi antara sektor pertahanan, akademia dan industri. Pegawai Inovasi TUDM yang diketuai Lt Kol Hairul Zaimy bin Ibrahim TUDM turut dilantik sebagai juri antarabangsa, dibantu oleh Kapt Mohd Syukron Helmy bin Abdul Jalil TUDM bagi penilaian Anugerah Khas MARS.

Majlis penutup yang berlangsung di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM, menandakan kejayaan program ini dalam memperkukuh jaringan strategik antara TUDM dan institusi pengajian tinggi, serta menjadi pemangkin kepada pembangunan projek inovasi berimpak tinggi demi kesiapsiagaan masa hadapan angkatan udara negara.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY