![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KOTA SAMARAHAN, 12 Nov 25 - Skuadron 330 TUDM telah berjaya melaksanakan Program Derma Darah & Ceramah Kesihatan Peringkat Skuadron bertempat di Atrium Blok 18, Skuadron 330 TUDM. Program ini telah menghimpunkan seramai 70 Pegawai dan Anggota, termasuk penglibatan dari Staf Tadbir Awam.
Program ini turut menampilkan Ceramah Kesihatan bertajuk “Pengurusan Stres di Tempat Kerja dan Rumah Tangga” yang disampaikan oleh Lt Kol (Dr) Fazil bin Ahmad, Pakar Perunding Psikiatri dari Hospital Angkatan Tentera Wilayah Kota Kinabalu. Ceramah memberi panduan praktikal dalam mengurus tekanan emosi secara sihat dan seimbang.
Program ini juga diserikan dengan Ekspo mini dari PERNAMA yang membuka booth jualan sepanjang program berlangsung.
Sasaran penderma berjaya dicapai dengan merekodkan sebanyak 50 x Penderma. Melalui program ini, dapat membantu menampung keperluan bekalan darah nasional, menggalakkan gaya hidup sihat dan empati sosial serta memupuk kesedaran terhadap manfaat menderma darah secara berkala, antaranya ialah melancarkan peredaran darah. Merangsang pembentukan sel darah merah baharu dan berpotensi menyelamatkan nyawa individu lain.
Lt Kol Mohd Khairul Amir bin Mokhtar TUDM, selaku Pemangku Komander CRC 2, turut hadir memeriahkan program dan menyampaikan sokongan penuh terhadap inisiatif kesihatan serta kebajikan warga skuadron. Beliau menyeru agar program seperti ini dijadikan budaya warga Skn 330 TUDM, bukan hanya sebagai tanggungjawab sosial, tetapi juga lambang keprihatinan dan kesatuan. Ceramah pengurusan stres pula diharap dapat dijadikan panduan untuk warga dalam menyeimbangkan tekanan kerja dan kehidupan peribadi.















