“Aura Biru Kembali Menggegar: TUDM Dominasi Anugerah Inovasi Kementerian Pertahanan 2025”

IMG 2185 IMG 2186 IMG 2189
IMG 2190 IMG 2191 IMG 2192
IMG 2194 IMG 2200 IMG 2202

 

KUALA LUMPUR, 11 November 2025 – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terus membuktikan keunggulan dalam bidang inovasi apabila mendominasi Anugerah Inovasi Kementerian Pertahanan (AIKP) 2025 dengan kejayaan membolot 9 daripada 16 podium yang dipertandingkan, sekali gus mengekalkan legasi “Aura Biru” yang pernah dikecapi pada tahun 2023.

Kejayaan ini turut diserikan dengan dua Anugerah Khas Pilihan Juri, apabila Projek BIRDIE diumumkan sebagai projek Persembahan Terbaik, manakala Projek AISMOD menerima anugerah Dokumentasi Terbaik. Berikut merupakan senarai pemenang bagi AIKP 25:

Kategori Penyampaian Perkhidmatan-Penciptaan (Primer):

1. RWR B-Sensing (Gab No 8 Skn, PUSPEKA & Cwgn Kejuruteraan PU Butterworth) – Tempat Ke-3.

Kategori Penyampaian Perkhidmatan-Penambahbaikan (Primer):
1. Air Intake Screen Modification (No 12 Skn & PUSPEKA) – Johan
2. Smart Cranking Panel (No 5 Skn) – Naib Johan

Kategori Sosial-Penciptaan (Primer):
1. Smart Chock (No 10 Skn) – Naib Johan
2. Primate Deterrent (Terminal Peluru 1) – Tempat Ke-3

Kategori Sosial-Penambahbaikan (Primer):
1. Portable Hazard Light (Cwgn Operasi PU Kuantan) – Tempat Ke-3

Kategori Penyampaian Perkhidmatan (Hibrid):
1. Smart Radar Alarm System (Skn 330 Kota Samarahan) – Naib Johan

Kategori Sosial (Hibrid):
1. Bird Deterrent (Cwgn Kejuruteraan PU Butterworth) – Johan
2. Extranger (Cwgn Kejuruteraan KTU Alor Setar) – Tempat Ke-3

Majlis penyampaian anugerah yang berlangsung di Wisma Pertahanan telah disempurnakan oleh YB Menteri Pertahanan, dengan kehadiran Panglima Tentera Udara yang mewakili Panglima Angkatan Tentera dan panglima-panglima perkhidmatan yang lain.

IMG 2203 IMG 2208 IMG 2213
IMG 2214 IMG 2217 IMG 2219
WhatsApp Image 2025 11 12 at 16.00.56 WhatsApp Image 2025 11 12 at 16.00.57 1 WhatsApp Image 2025 11 12 at 16.00.57 2

 

TUDM turut diraikan atas kecemerlangan di peringkat antarabangsa, apabila Projek RAIN dari PUSPEKA dan RWR B-Sensing dari gabungan PUSPEKA, No 8 Skn dan Cwgn Kejuruteraan PU Butterworth menerima penghargaan khas bagi pencapaian di Seoul International Invention Fair (SIIF) 2024, manakala projek S-RAM dari Skn 330 dan BIRDIE dari Cwgn Kejuruteraan PU Butterworth meraih pengiktirafan bagi kejayaan yang diperolehi di Indonesia Inventors Day (IID) 2025.

Dalam masa sama, reruai pameran TUDM di foyer Wisma Pertahanan turut menarik perhatian pengunjung dengan pameran tiga projek inovasi berimpak tinggi; BIRDIE, AISMOD dan Smart Chock yang menonjolkan kepakaran warga udara dalam teknologi pertahanan moden.

Kejayaan besar ini sekali lagi menegaskan kedudukan TUDM sebagai peneraju inovasi pertahanan negara. Semoga kejayaan besar ini terus menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga udara untuk lebih berinovasi dan maju kehadapan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY